Tahap Rehabilitasi Spiritual Dalam Kalangan Pesalah Muda Berdasarkan Elemen Dharuriyat Al-Khams: Satu Tinjauan Awal di Institusi Penjara

  • Asma Adnan Universiti Utara Malaysia
  • Md. Zawawi Abu Bakar Universiti Utara Malaysia
  • Norazlina Zakaria Universiti Utara Malaysia
Keywords: Dharuriyat Al-Khams, Institusi Penjara, Pesalah Muda, Rehabilitasi Spiritual

Abstract

Rehabilitasi spiritual berperanan sebagai salah satu intervensi bagi memastikan penghuni bersikap lebih positif dan menjadi individu lebih baik. Walaupun terdapat kajian mengenai tahap rehabilitasi spiritual dalam kalangan banduan muda, masih kurang kajian yang meninjau tahap rehabilitasi spiritual banduan muda berdasarkan Dharuriyat Al-Khams (REDHA-5). Tinjauan awal dalam kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap rehabilitasi spiritual dalam kalangan pesalah muda berdasarkan Dharuriyat Al-Khams. Kajian ini melibatkan 30 peserta kajian daripada sebuah Sekolah Integriti. Responden dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan instrumen kajian ini ialah soal selidik yang diberi nama REDHA-5 yang ditadbir berdasarkan Skala Tingkah Laku Religiositi Muslim dan Measurement of Maqasid Syariah Quality of Life (I-QoL) Model. Pengesahan dan penilaian pakar juga telah dilakukan terhadap item REDHA-5 yang merangkumi bidang kerja sosial, kaunseling dan maqasid syariah. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan nilai kebolehpercayaan (cronbach’s alpha) yang (α = 0.90). Hasil kajian yang diperoleh membuktikan tinjauan awal mengenai tahap rehabilitasi spiritual berdasarkan Dharuriyat Al-Khams memberi manfaat kepada institusi penjara. Selain itu, dapatan kajian juga sebagai panduan dan gambaran awal kepada pengkaji mengenai tahap rehabilitasi spiritual banduan muda sekaligus dapat menambah baik suasana spiritual dari semasa ke semasa.

Published
2024-07-14